-->

mari berborak

Wednesday, December 23, 2009

Misi

Mengkomersilkan dan mempelbagaikan penghasilan tanaman Gaharu untuk menaiktaraf pendapatan setiap keluarga diNegara Brunei khasnya dan di Asia Tenggara (Malaysia, Indonesia, Singapura,Thailand,Laos,Combodia,Vietnam,Filipina,India,Bangladesh dan China) amnya, disamping itu untuk menjadikan perusahaan tempatan yang pertama menghasilkan tanaman Gaharu sebagai salah satu produk ekspot tinggi nilai dari buatan Brunei Darussalam seperti:-

1.Minyak Wangi
2.Teh Hijau
3.Sabun
4.Ubat Gigi
5.Barangan kosmetik
6.Wangian Spa
7.Tasbih
8.Sejadah
9.Setangi
10.Barangan Hiasan dan banyak lagi produk yang akan dihasilkan nanti.

Dengan kata lain Misi terbesar Syarikat kami adalah untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Gaharu dan juga sebagai Hub iaitu Pusat pengumpulan Gaharu yang terbesar di Asia Tenggara untuk memenuhi kehendak pasaran para negara pengimpot luar seperti Dubai U.A.E, Arab Saudi,Taiwan,Korea,Jepun,Perancis,Jerman dan Amerika Syarikat yang mana dalam 30 tahun kebelakangan ini penghasilan bahan gaharu tidak mencapai 20%.


Visi

Memandangkan negara kita dan sekitar asia Tenggara masih lagi kekurangan ilmu dalam tanaman Gaharu,dengan adanya seminar yang kami adakan iatu tanaman gaharu komesil secara teknologi, kami harapkan selepas itu akan banyak lah tanaman gaharu disetiap kawasan rumah dan dikawasan tanah persendirian yang terbiar untuk menjadikan penghasilan dimasa akan datang.

kami berharap dimasa terdekat semua kawasan rumah dinegara ini khas nya dan AsiaTenggara(Malaysia,Indonesia,Singapura,Thailand,Laos,Vietnam,Combodia,Filipina,Bangladesh,India dan China) am nya akan menanam pokok Gaharu serendah 10 pokok dan banyak tanaman secara berladang,dan juga harapan kami supaya tanaman akan mencapai satu tahap yang besar iatu sejuta pokok atau lebih dalam 7 tahun ini diNegara Brunei Darussalam dan juga asia Tenggara,

Dengan cara ini tidak secara langsung kita mengekalkan warisan pokok Gaharu yang didalam Hutan yang berumur puluhan malah ratusan tahun.

Insha allah dalam masa yang terdekat pada tahun 2010,kami akan memulakan tanaman Gaharu secara komersil milik keluarga pengurus seluas 6 ekar di Kampong Batu Ampar, Mukim Pengkalan Batu,Brunei Darussalam.

Untuk pengetahuan anda harga sepohon yang sudah matang bolih mencapai minima Bnd500.00 maksima bolih mencecah Bnd800.00 sepokok tergantung berapa banyak resin(minyak) yang terdapat didalamnya,dengan erti kata lain anda bolih sudah membuat perkiraan dengan adanya panduan ini.

HIJAUKAN DAN HARUMKAN LAH NEGARA KITA DAN NEGARA ASIA TENGGARA DENGAN POKOK GAHARU seperti yang di uar uarkan didalam perambahan kitani "Dah Gaharu Cendana Pulak Dah Tau betanamlah Pulak"

SELAMAT MENCUBA INSHA ALLAH ADA MANAFAATNYA

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP